13 September 2013 - 19:30
Sayid Hasan Nasrullah terima kunjungan Ayatullah Araki

Setiausaha Agung Lembaga Pendekatan Antara Mazhab bertemu dengan Sayid Hasan Nasrullah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berita al-Manar semalam menyiarkan pertemuan antara Sayid Hasan Nasrullah bersama Setiausaha Agung Lembaga Pendekatan Antara Mazhab, Ayatullah Mohsen Araki.Turut hadir dalam pertemuan ini ialah duta besar Republik Islam Iran ke Beirut, Ghazanfar Ruknabadi dan Ketua Jawatankuasa Komuniti Ulama Beirut.Kata Hasan Nasrullah, "Pengukuhan perpaduan di kalangan umat Islam merupakan satu-satunya jalan untuk menghadapi konspirasi Amerika dan sekutunya terhadap seluruh dunia, terutamanya dunia Islam."Mengenai sikap gila perang yang ditonjolkan oleh Amerika dan sekutunya, beliau berkata, "Transformasi serantau tidak sepatutnya melupakan jenayah-jenayah kemanusiaan yang dilakukan rejim Zionis terhadap bangsa Palestin yang tertindas."Ayatullah Mohsen Araki dalam pertemuan ini berkata, "Rejim penjajah al-Quds merupakan musuh seluruh manusia di rantau ini dan musuh kepada semua agama dan mazhab. Tidak satupun misinya menepati ajaran mana-mana mazhab dan agama."